Kunjungan Ziarah Dua Delegasi Daripada Indonesia

03 Julai 2023 | Pihak sekolah pada hari ini, 3 julai telah menerima kunjungan ziarah dua delegasi daripada Indonesia iaitu yang pertama dari Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta, yang diketuai oleh Wakil Dekan Bidang Kemahasiswaan, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, Dr Hajar Hatma Indra Jaya.

Sesi perkongsian turut disampaikan oleh mahasiswa UIN Sunan Kalijaga bersama para pelajar tingkatan 5 selama tiga jam di bilik aktiviti.

Delegasi kedua adalah dari SMPIT Al-Kahfi, Bogor yang diketuai oleh Bapak Hanugera, selaku pimpinan Yayasan Al-Kahfi yang menjadikan SMITQ Hira’ sebagai lokasi tumpuan lawatan penanda arasan bagi sekolah yang juga berstatus asrama penuh dengan kapasiti 150 orang guru dan 1800 orang pelajar.

Sesi perbincangan turut berkisar amalan terbaik dan penghayatan kurikulum Islami dalam pelaksanaan dan pengoperasian di sekolah masing-masing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles

PLATFORM EZAKAT.ORG

Kami telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Join Komuniti Kami
Terokai Topik Menarik