Tentang Kami
Mencipta Masa Depan Lebih Baik Untuk Anda
Ditubuhkan Sejak Tahun 1985
INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA’ (IPH)
Merupakan sebuah institusi yang menaungi Sekolah Rendah Islam Hira, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’. IPH komited terhadap pendidikan Islam mulai dari peringkat Nurseri, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz. Komitmen ini merupakan sumbangan IPH untuk pembangunan ummah.
Selain daripada IPH, terdapat juga beberapa syarikat dan anak syarikat di bawah bumbung yang sama;
- Srihira Development Sdn Bhd
- Kumpulan Srihira Sdn Bhd
- Hiraniaga Sdn Bhd
- Srihira Training Centre Sdn Bhd
- Pembinaan Hiraniaga Sdn Bhd
- Ikhlas Cita Sdn Bhd


Penubuhan
Nilai Kami
Melahirkan Insan yang berjiwa rabbani
Institusi Pendidikan Hira’ merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi berlandaskan nilai-nilai dan prinsip Islam.
Membina tokoh masyarakat yang rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati.
Menjadi Institusi pilihan yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik yang inovatif
Falsafah Kami
Falsafah Pendidikan Hira
Pendidikan di Hira adalah pendidikan berteraskan tauhid yang bermatlamat membina, membentuk dan melahirkan insan rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyrakat, negara seterusnya dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
Nilai Institusi Pendidikan Hira
- Qudwah Hasanah
- Pelajar sebagai amanah
- Kerjaya sebagai ibadah
- Ibu bapa sebagai rakan kongsi
- Menuntut ilmu sebagai jihad
Barisan Kepimpinan Institusi Pendidikan Hira
Bersatu dalam kepimpinan, bersama membentuk generasi rabbani.

Pengurus Besar

Pengurus Kewangan

Pengurus Dana

Pengetua SMITQH

Pengurus Hira' Niaga

Pengurus Sumber Manusia

Guru Besar SRIH

Institusi Pendidikan Hira' Berhad
No 4A-1, Bangunan Maru, Lot 8309, Jalan Istimewa, Kampung Batu Belah, 42100 Klang, Selangor
Pautan Lain
Kempen Kami
- Sedekah Subuh
- Sedekah Jumaat
- Sedekah Zulhijjah
- Sedekah Autojariah