Tentang Kami
Ditubuhkan sejak 1985
INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA’ (IPH) merupakan sebuah institusi yang menaungi Sekolah Rendah Islam Hira, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’. IPH komited terhadap pendidikan Islam mulai dari peringkat Nurseri, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz. Komitmen ini merupakan sumbangan IPH untuk pembangunan ummah.
Selain daripada IPH, terdapat juga beberapa syarikat dan anak syarikat di bawah bumbung yang sama;
- Srihira Development Sdn Bhd
- Kumpulan Srihira Sdn Bhd
- Hiraniaga Sdn Bhd
- Srihira Training Centre Sdn Bhd
- Pembinaan Hiraniaga Sdn Bhd
- Ikhlas Cita Sdn Bhd
Visi
Menjadi institusi yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik yang Inovatif.
Misi
Membina tokoh masyarakat yang bersifat rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati.
Falsafah
Pendidikan di Hira adalah pendidikan berteraskan tauhid yang bermatlamat membina, membentuk dan melahirkan insan rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyrakat, negara seterusnya dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
Nilai
- Qudwah Hasanah
- Pelajar sebagai amanah
- Kerjaya sebagai ibadah
- Ibu bapa sebagai rakan kongsi
- Menuntut ilmu sebagai jihad
Hubungi Kami
Nombor Telefon
Emel
Waktu Pejabat
- Isnin-Jumaat : 9am – 5pm
- Sabtu-Ahad : Tutup