Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1991, bertempat di Batu Belah, Klang. Pada ketika itu, hanya terdapat 50 orang dengan enam orang pengajar. Pada Disember 1998, SMIH telah berpindah ke premis baru di Jeram.

SMIH merupakan sebuah institusi lanjutan daripada Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH). Ianya mula beroperasi melalui pengambilan pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQH) ditubuhkan pada tahun 1994, dengan pelajar seramai 5 orang. MTQH bertempat di Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1999 sehingga sekarang. Matlamat utama penubuhan MTQH adalah untuk melahirkan para huffaz professional untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Projek Infrastruktur SMIQTH

Kelulusan pendaftaran peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak dapat dilakukan sepenuhnya, hanya pendaftaran sementara dan diperbaharui setiap tahun selama ini.

“Perakuan Siap dan Pematuhan” (Certificate of Completion and Compliance) untuk keseluruhan kompleks sekolah masih tidak dapat diperolehi kerana belum memenuhi syarat-syarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)

Kos yang Diperlukan

Anggaran kos RM6 juta untuk penyediaan infrastruktur dan kerja berkaitan untuk pematuhan CCC:

Ogos 2023 - Jun 2024

Projek Jalan Masuk Baharu

Kos Pembinaan: RM1,500,000

Pembinaan Jalan Masuk Baharu ke kawasan sekolah melalui Jalan Keretapi Lama melalui pintu belakang sepanjang anggaran 150m dan keperluan yang berkaitan.

Jalan sedia ada dihadapan tidak memenuhi spekifikasi min 50 kaki lebar.

Ogos 2023 - Jun 2024

Projek Loji Rawatan Kumbahan

Kos Pembinaan: RM1,500,000

Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan untuk kapasiti 1000 PE.

Pembinaan Saluran Paip Kumbahan dari tandas ke Loji Rawatan Kumbahan.

Buat masa ini tiada Loji Rawatan Kumbahan di sekolah melainkan tangki septik individu untuk setiap tandas.

Ogos 2023 - Jun 2024

Projek Kolam Takungan Air

Kos Pembinaan: RM500,000

Pembinaan Kolam Takungan untuk air larian di seluruh kawasan.

Longkang dari longkang sedia ada ke kolam takungan.

Ogos 2023 - Jun 2024

Projek Saluran Paip Kumbahan

Kos Pembinaan: RM 500,000

Kos yang diperlukan untuk tujuan ini adalah sebanyak RM 6,000,000

Jumlah kutipan terkini setakat 30 Jun 2023 : RM 1,171,353

Baki yang diperlukan: RM 4,828,647