Projek Pembinaan Kompleks BAHARU

SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA

“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”

Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) merupakan sekolah agama yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 di sebuah rumah sewa di Seksyen 3 Shah Alam sebelum berpindah ke Kampung Batu Belah, Klang pada tahun 1987.

SRIH peranan besar dalam usaha membangunkan sistem pendidikan Islam yang holistik, melahirkan generasi rabbani seterusnya memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara dan ummah.

Projek Pembinaan Kompleks Baharu

Kompleks Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) yang bakal dibina ini terletak di Jalan Paip, Meru Klang.

Tujuan pembinaan Kompleks Baharu Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) adalah untuk menyediakan prasarana pembangunan yang dapat memenuhi keperluan menampung 1500 murid dan 100 kakitangan sekolah.

Projek pembinaan ini juga sangat mendesak untuk dibina kerana tempoh kontrak sewaan tapak sekolah sedia ada akan tamat menjelang tahun 2029.

Pelan Tindakan

Garis Masa

2010

Perolehan Tapak Tanah di Meru

Pembelian tapak Lot 4413 dan Lot 4415 di Jalan Paip, Meru Klang dengan keluasan 6 ekar.

3 ekar tanah dibeli manakala 3 ekar lagi diwakafkan oleh tuan tanah.

2010

2018

Penyediaan Pelan Perancangan

Rekabentuk Kompleks Baharu SRIH Meru diluluskan Ahli Lembaga Pengarah IPH.

Penyediaan Pelan Perancangan dan tindakan.

2018

2022

Proses Pembersihan Tanah

Kerja-kerja pembersihan tanah di Jalan Paip, tapak pembinaan mula dijalankan.

2022

2023

Proses Kelulusan Kebenaran Merancang

Permohonan Kebenaran Merancang (KM) daripada PBT telah masuk ke peringkat akhir. Dijangka diperolehi selewatnya akhir tahun 2023.

2023

2024

Pelaksanaan Pembinaan Projek Fasa 1

Kerja pembinaan Kompleks Baharu ini untuk Fasa 1 dirancang bermula pada tahun 2024.

2024

2026

Siap Projek Pembinaan Fasa 1

Projek pembinaan Fasa 1 melibatkan Bangunan Akademik & Pentadbiran, Padang Sukan & Rekreasi serta kemudahan infratruktur.

2026

Kerja-kerja proses pembersihan tanah dilakukan pada 18 Oktober 2022:

Kos yang Diperlukan

Fasa 1 (2023-2026)

Kos: RM20,000,000

  • Bangunan Akademik & Pentadbiran
  • Padang Sukan & Rekreasi
  • Kemudahan Infrastruktur (1)

Fasa 2 (2027-2028)

Kos: RM5,000,000

  • Bangunan Surau & Kantin
  • Bangunan Kuarters, Tadika & Taska
  • Kemudahan Infrastruktur (2)

Kos yang diperlukan untuk tujuan ini adalah sebanyak RM25,000,000.00.

Jumlah kutipan terkini setakat 30 Jun 2023 : RM 4,570,000

Baki yang diperlukan: RM15,430,000

 

Cara Lain untuk Menyumbang

Salurkan terus ke akaun bank:

Maybank Islamic : 5621 1551 9399

INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA BERHAD

Rujukan : Bina Sekolah

Sebarkan kepada rakan-rakan

Facebook
WhatsApp
Telegram