Maklumat Kempen
Projek Pembinaan Kompleks Baharu Sekolah Rendah Islam Hira'
- 70% Terkumpul
- RM36 Juta (Goal)
Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) merupakan sekolah agama yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 di sebuah rumah sewa di Seksyen 3 Shah Alam sebelum berpindah ke Kampung Batu Belah, Klang pada tahun 1987.
SRIH berperanan besar dalam usaha membangunkan sistem pendidikan Islam yang holistik dan melahirkan generasi rabbani seterusnya memberi sumbangan besar kepada pembanunan negara dan ummah.




Projek Pembinaan Kompleks Baharu
Kompleks Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) yang bakal dibina ini terletak di Jalan Paip, Meru Klang.
Tujuan pembinaan Kompleks Baharu Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) adalah untuk menyediakan prasarana pembangunan yang dapat memenuhi keperluan menampung 1500 murid dan 100 kakitangan sekolah.
Projek pembinaan ini juga sangat mendesak untuk dibina kerana tempoh kontrak sewaan tapak sekolah sedia ada akan tamat menjelang tahun 2029.
2010
Perolehan Tapak Tanah di Meru
Pembelian tapak Lot 4413 dan Lot 4415 di Jalan Paip, Meru Klang dengan keluasan 6 ekar.
3 ekar tanah dibeli manakala 3 ekar lagi diwakafkan oleh tuan tanah.
2018
Penyediaan Pelan Perancangan
Rekabentuk Kompleks Baharu SRIH Meru diluluskan Ahli Lembaga Pengarah IPH.
Penyediaan Pelan Perancangan dan tindakan.
2022
Proses Pembersihan Tanah
Kerja-kerja pembersihan tanah di Jalan Paip, tapak pembinaan mula dijalankan.
2024
Proses Kelulusan Kebenaran Merancang
Permohonan Kebenaran Merancang (KM) daripada PBT telah masuk ke peringkat akhir. Dijangka diperolehi selewatnya akhir tahun 2023.
2025
Pelaksanaan Pembinaan Projek Fasa 1
Kerja pembinaan Kompleks Baharu ini untuk Fasa 1 dirancang bermula pada tahun 2024.
2027
Siap Projek Pembinaan Fasa 1
Projek pembinaan Fasa 1 melibatkan Bangunan Akademik & Pentadbiran, Padang Sukan & Rekreasi serta kemudahan infratruktur.
Kos Yang Diperlukan
Fasa 1 (2023-2026)
Kos: RM20,000,000
- Bangunan Akademik & Pentadbiran
- Padang Sukan & Rekreasi
- Kemudahan Infrastruktur (1)
Fasa 2 (2027-2028)
Kos: RM10,000,000
- Bangunan Surau & Kantin
- Bangunan Kuarters, Tadika & Taska
- Kemudahan Infrastruktur (2)
Sokong Pendidikan Hira' Hari Ini
Infrastruktur yang baik melahirkan pengalaman belajar yang hebat. Salurkan infaq anda untuk naik taraf kelas & kemudahan pelajar.
Kempen Lain

Sedekah Subuh
Rezeki bertambah dengan memberi. Jadikan sedekah subuh sebagai rutin.

Sedekah Jumaat
Jadikan Jumaat lebih bermakna. Setiap ringgit membawa harapan kepada anak-anak Hira’.

Sedekah Auto Jariah
Sedekah berterusan, pahala berpanjangan. Tetapkan sumbangan bulanan automatik.
Sertai Komuniti Hira
Jom bersama sebagai rakan komuniti pendidikan. Dapatkan laporan projek & impak sumbangan.
Institusi Pendidikan Hira' Berhad
No 4A-1, Bangunan Maru, Lot 8309, Jalan Istimewa, Kampung Batu Belah, 42100 Klang, Selangor
Pautan Lain
Sertai Channel Kami
Daftar sekarang untuk dapatkan tips dan makluman terkini dan banyak lagi.